KEBUDAYAAN
KAUM BABA DAN NYONYA
Pengenalan
-Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan
kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat
di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di
negeri Melaka.
-Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah
orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah
rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.
-Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan
mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk.
-Memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan"Mereka kerana kebudayaan mereka, yang berasal
daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh
kebudayaan Melayu.
-Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana
sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan
campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama
mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
-Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa
Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang
Melayu.
Bahasa
-Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara
bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini
adalah berasal daripada bahasa melayu.
-Bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu dalam
pelbagai aspek, ia merupakan bahasa yang berasingan dengan bahasa Melayu.
-Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya
‘lai’ untuk ‘datang’ dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang
mana tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu.
-Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami
perkataan dan dialek bahasa Melayu.
-Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh masyarakat
Baba dan Nyonya adalah:
~ Saya = goa
(bahasa Hokkien)
~Anda = lu (bahasa Hokkien)
~Dia = dia (bahasa
Melayu)
~Kita = kita (bahasa Melayu)
Pakaian
-Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba
mula berjinak – jinak dengan sarung
sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan
diri dengan memakai sarung.
-Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian
masyarakat Baba dengan masyarkat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat
Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya
yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
-Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang
memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan dan merupakan satu
simbol identiti bagi masyarakat Baba.
-Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba
yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya.
Masakan
-Masakan Baba lebih mirip kepada masakan Melayu. Walau
bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masakan Cina dan melayu tetapi masih
beridentitikan masakan Baba.
-Masakan Nyonya lebih dirujuk dengan nama lauk Nyonya iaitu
daging dan sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.
-Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam
masakan adalah satu identiti yang menbezakan di antara masyarakat Baba dan
Cina.
-Masyarakat Baba masih mengamalkan satu upacara tradisi yang
bersangkutan dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau
lauk tok panjang.
-Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan
yang istimewa pada hari – hari tertentu sahaja.
-“Tok” bermaksud
pelbagai lauk dan mempunyai isi tersirat sebagai meja upacara.
Perkahwinan(Pandangan Baba dan Nyonya)
-Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis
yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari.
-Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi
pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi.
-Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan
diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang
tua.
-Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia
20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami
kesukaran dalam soal mencari jodoh.
-Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin
dalam usia 20 tahun.
(a)Peringkat Awal
-Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila
pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak
pengantin lelaki.
-Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh
melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah)
dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan.
-Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat,
jemputan ini dipanggil “antah sireh”.
-Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan
sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun
sirih (sekapur sirih) sebagai ganti.
-Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke
rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap
keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput
seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.
(b) Persiapan
-Diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman
berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee'
iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula.
-Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian
dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan
orang Melayu.
-Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh
dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok
di dalam bakul nyonya iaitu bakul Siah.
-Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud
untuk memperkenalkan.
-'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk
perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan
diletakkan di pintu utama.
(c) Hari “Khuih Thiah”
-Hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia
juga adalah hari kupas bawang.
-Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan
kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘Hari
Menyambal'.
-Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis
antaranya ialah sambal serunding.
-Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada
hari kedua belas upacara perkahwinan.
(d) Dua Hari Sebelum
-Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu.
Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng
dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde.
-Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan
yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu.
-'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga
pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti
itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
(e) Chia Lang Khek
-Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah
pengantin perempuan.
-Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau
serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir.
-Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang
Kheh Umm' atau mak andam.
-Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan
berjalan, berlutut dan sebagainya.
-Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak
Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan
perkahwinan.
(f) Chiu Thau
-Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di
persembahkan di tempat pemujaan.
-Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang
kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.
-Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat
terlebih dahulu.
-Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu
selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
(g) Chim Pang
-Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin
lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka.
-Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu
bapa pengantin lelaki dan perempuan.
-Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk
di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
(h) Chia N Sia
-Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia
lebih kepada pihak pengantin lelaki.
-Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung
dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang
perak dan emas.
-Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan
dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.
(i) Choon Tok
-Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin
makan bersama sebagai suami isteri.
-Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari
pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
(j) Dua Belas Hari
-Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan
dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak
lemak.
-Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun
pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'.
-Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati
hidangan tepak sirih atau tempah sirih.
(k) Chian N Ching Kay,Che Umm
-Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si
mertua pengantin perempuan.
-Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di
antara kedua-dua belah pihak.
-Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan lagi.
-Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang
tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi.
-Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan
tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak
baik.
Disediakan oleh: Seou Sin Ping