Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien.
Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang
berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai
orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam Loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura
berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah
ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud
pada hari ini bertutur dalam bahasa baba
iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang
Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan
Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan
menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya
(Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.
Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan
mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah
daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita
yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat
Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak
dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat
istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua
pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan
budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan
tradisional Cina berbanding dengan Melayu.
KOLEKSI BAJU KEBAYA NYONYA |
BAJU KEBAYA NYONYA |
Sulaman nyonya adalah antara pengisian keharmonian budaya masyarakat di
negara ini.Sejarah menyatakan masyarakat Baba Nyonya berada di negara ini sejak zaman
Kesultanan Melaka lagi.Melaka yang ketika itu menjadi pusat perdagangan berjaya menggamit pelbagai
bangsa untuk bertapak di situ termasuklah golongan Baba Nyonya.
Kebolehan Baba Nyonya menyerap dan menyesuaikan diri dengan budaya setempat membolehkan mereka membentuk identiti tersendiri sehingga dikenali Baba Nyonya.
Kebolehan Baba Nyonya menyerap dan menyesuaikan diri dengan budaya setempat membolehkan mereka membentuk identiti tersendiri sehingga dikenali Baba Nyonya.
Dipercayai kaum Baba Nyonya ramai yang tinggal di Pulau Pinang dan Melaka.
Lantaran itu, sulaman Nyonya kebiasaannya menghiasi baju kebaya yang menjadi
pakaian tradisional keturunan berkenaan.
Kehalusan sulaman berwarna ini dihiasi dengan pelbagai reka corak yang terdiri daripada flora dan fauna. Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya dinamakan kain kasa rubia. Kain berkenaan jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus.
Benang gunakan untuk membuat sulaman biasanya terdiri daripada benang kapas, sutera atau poliester. Proses menyulam bermula dengan sulam biku, sulam bunga dan seterusnya lubang kerawang dapat menghasilkan satu corak rekaan yang cantik.
Terdapat pelbagai motif tradisi dan kontemporari yang menjadi minat individu dalam menghasilkan corak sulaman kerawang menarik. Lazimnya tumpuan lebih diberikan kepada penghasilan motif awan larat yang menjadi kegemaran pereka hingga kini.
Antara produk yang dihiasi dengan sulaman kerawang adalah busana wanita terutamanya kebaya, alas meja, sarung kusyen, cadar dan sarung bantal.

Kasut Tradisional Babanyonya |
Dulang Tea |
Bakul |
DI SEDIAKN OLEH : NURUL HASYANI BINTI EDERIS
*Gambar dari kamera Nurul Hasyani Ederis serta GOOGLE IMAGE
No comments:
Post a Comment