Sejarah & Latar belakang Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum
Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia,
khususnya di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, sebahagian mereka
enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa
bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.
Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan
tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Kebanyakan
anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang
Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang
lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah
suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit
masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu.
Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi
masih terus diamalkan.
1.1 Rumah Baba dan Nyonya |
Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan
nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka
membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan
adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari
daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang
mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun,
kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai
pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.
Sejak
beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat
tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam
budaya Baba dan Nyonya.Pada
pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat
daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut
mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris
dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka.
Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama
Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di
Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina
Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi
daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa,
dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja
sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya,
British.
Disediakan oleh:
Tee Kah Wai
*Gambar dari kamera Nurul Hasyani Ederis
Disediakan oleh:
Tee Kah Wai
*Gambar dari kamera Nurul Hasyani Ederis
No comments:
Post a Comment