Sunday, 11 November 2012

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.
2.  Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.
3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.Contohnya, tradisi Baba Nyonya.
4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.
5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.
6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial).
7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

KONSEP ETNIK/KAUM
-Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
-Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
-Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.

Disediakan Oleh: Seou Sin Ping

Friday, 9 November 2012

KEUNIKKAN REKABENTUK RUMAH BABA-NYONYA

                              KEUNIKKAN REKABENTUK RUMAH BABA-NYONYA










              Rumah Baba-Nyonya dibina bercirikan senibina budaya Cina yang unik. Dibina sekitar tahun 1890-an, ia mempunyai lantai jubin Inggeris, seni besi Scottish dan seni ukir kayu Cina yang cantik.Rumah ini turut memuatkan lebih 1,000 jenis barangan antik dari negara China, dan England. Terdapat juga bilik tidur khas untuk setiap penghuni rumah, yang dihiasi dengan mewah. Kebanyakan rumah-rumah ini dapat memperlihatkan keunikkan campuran pengaruh Belanda dan China.Rumah Baba-Nyonya mempunyai lorong 
hadapan yang sempit membawa kepada ruang tengah yang luas.




Disediakan oleh:Noraziyah binti Hanafi

*Gambar dari kamera sendiri- Nurul Hasyani Ederis




Tuesday, 6 November 2012

BUDAYA BABANYONYA

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam Loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.
KOLEKSI BAJU KEBAYA NYONYA


BAJU KEBAYA NYONYA
 
Sulaman nyonya adalah antara pengisian keharmonian budaya masyarakat di negara ini.Sejarah menyatakan masyarakat Baba Nyonya berada di negara ini sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.Melaka yang ketika itu menjadi pusat perdagangan berjaya menggamit pelbagai bangsa untuk bertapak di situ termasuklah golongan Baba Nyonya.

Kebolehan Baba Nyonya menyerap dan menyesuaikan diri dengan budaya setempat membolehkan mereka membentuk identiti tersendiri sehingga dikenali Baba Nyonya.
Dipercayai kaum Baba Nyonya ramai yang tinggal di Pulau Pinang dan Melaka.
Lantaran itu, sulaman Nyonya kebiasaannya menghiasi baju kebaya yang menjadi pakaian tradisional keturunan berkenaan.

Kehalusan sulaman berwarna ini dihiasi dengan pelbagai reka corak yang terdiri daripada flora dan fauna. Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya dinamakan kain kasa rubia. Kain berkenaan jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus.

Benang gunakan untuk membuat sulaman biasanya terdiri daripada benang kapas, sutera atau poliester. Proses menyulam bermula dengan sulam biku, sulam bunga dan seterusnya lubang kerawang dapat menghasilkan satu corak rekaan yang cantik.

Terdapat pelbagai motif tradisi dan kontemporari yang menjadi minat individu dalam menghasilkan corak sulaman kerawang menarik. Lazimnya tumpuan lebih diberikan kepada penghasilan motif awan larat yang menjadi kegemaran pereka hingga kini.
Antara produk yang dihiasi dengan sulaman kerawang adalah busana wanita terutamanya kebaya, alas meja, sarung kusyen, cadar dan sarung bantal. 
 


Kasut Tradisional Babanyonya
Dulang Tea


Bakul




DI SEDIAKN OLEH : NURUL HASYANI BINTI EDERIS
*Gambar dari kamera Nurul Hasyani Ederis serta GOOGLE IMAGE

Kepentingan Hubungan Etnik

    
Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara sama ada dari segi  politik, ekonomi ataupun sosial maka kayu ukur hubungan kepelbagaian kaum yang mendiami sesebuah negara menjadi teras utama.
Dalam konteks negara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negara semakin pulih. Banyak perancangan dibuat dan diimplimentasikan.Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan PerpaduanNegara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama adalah untuk merapatkan hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India. 

Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah dan Sarawak.. Selain itu, Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada di dalam Negara Malaysia dan menjadi teras atau tiang kepada Negara. Antara kepentingan menjaga hubungan etnik adalah :
  1.  Mengukuhkan kestabilan ekonomi negara. 
  2. Menjamin kestabilan politik.  
  3. Menggalakkan pelancong luar datang ke dalam Negara. 
  4. Menjaga keamanan negara. 
  5. Menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita.
















DISEDIAKAN OLEH : NURUL HASYANI BINTI EDERIS

*Gambar dari kamera Nurul Hasyani Ederis