Thursday 15 November 2012

PERISTIWA SEJARAH BABA DAN NYONYA

Menurut Zalifah Abdullah, masyarakat baba wujud sejak kurun ke-15. Ia bermula apabila Puteri Hang Li Po dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan. Kebanyakan orang Cina yang datang waktu itu berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat Hokkien.

Setelah lama kekal di tanah Melayu, maka kebanyakkan mereka bertutur dalam bahasa Melayu yang agak berbeza tetapi tetap difahami oleh kaum Melayu. Kaum Baba yang kekal pada hari ini masih bertutur dalam bahasa Baba, iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami.

Masyarakat Baba masih mengekalkan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka. Kebanyakkan mereka menganuti agama Budha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian.

Cara masakan mereka dicampurkan dengan resepi masakan orang Melayu dan telah menjadi kebiasaan bagi mereka makan masakan yang menggunakan rempah dan santan bahkan cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan menggunakan tangan.

Gaya pakaian yang dipakai oleh generasi nyonya adalah seperti orang Melayu iaitu memakai kebaya dan kain sarong dan tidak ubah seperti wanita-wanita Melayu.

Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan masyarakat Baba, tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan asal usul mereka. Misalnya seperti adat pakaian yang indah dan berwarna-warni berunsurkan warisan budaya Cina tradisional serta kebanyakan rumah Baba yang dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina. 


Disediakan Oleh : NURUL FADHLINA BT ABDUL FATAH




No comments:

Post a Comment